tErbaEk !!

=wOrdLess= (6) bLa bla bLa (22) cErita CINTA (9) LyRiCs (13) PEDOMAN (5) sUkadUka (6)
Showing posts with label PEDOMAN. Show all posts
Showing posts with label PEDOMAN. Show all posts

LAILATUL-QADR


TAFSIR SURAH AL-QADR

  1. Sesungguhnya Kami telah turunkannya (AL-QURAN) pada malam Al-Qadr
  2. Dan tahukah kamu apakah “malam kemuliaan” itu?
  3. Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
  4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)
  5. Selamat sejahteralah ia (malam Al-Qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang diwajibkan kalian berpuasa padanya. Bulan yang mana segala pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta semua syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang gagal memperoleh kebaikan pada malam itu maka sungguh dia tak akan mendapatkannya” (Riwayat Ahmad & al-Nasa’i)

PETUNJUK LAILATUL QADR

  • Daripada ‘ubay r.a berkata : “Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Pagi hari malam lailatul-qadr, matahari terbit tidak menyilaukan seperti gerhana hingga meninggi” (Riwayat Muslim)

  • Daripada ibn Abbas R.A ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Lailatulqadar ialah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak dingin dan keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan”

KEISTIMEWAAN

Malam lailatulqadar hanya ada di bulan Ramadhan. Ia adalah Anugerah ALLAH kepada umat Nabi Muhammad-meletakkan umat Nabi Muhammad pada satu kedudukan yang tinggi mengatasi umat lain yang pernah hidup sebelum kita. Rasulullah amat sayang umatnya..dalam satu ceramah yang saya dengar..rasulullah telah meminta mala mini utk umatnya kerana baginya umur umatnya amat pendek jika dibandingkan dengan umat yang lain. Maka amat mustahil utk umatnya mengatasi amalan2 yang dilakukan umat2 terdahulu..ALLAH telah memperkenankan doa Nabi kita dan menurunkan malam LailatulQadar..ayuhlah! kita cuba mendapatkan malam ini dengan amalan2 mulia di bulan mulia ini..bagaimana?? tanya hati...bersediakah kita??…

Sumber : SOLUSI

DIA tahu yg kamu x tahu!

KAPAL KARAM


Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.Di samping itu, dia tak putus-putus meninjau laut yang bagai tak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.

Akhirnya, lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa.

“Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?”

“Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini?”

“Kenapa mesti aku??bukan orang lain?”

“Aku tahu ALLAH tak kejam tetapi mengapa nasib aku macam ni?”

Dia kecewa, benar-benar kecewa. Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu lalu dia bertanya:

“Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau tadi?”

“ Kami ternampak asap dari pulau ini jadi kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada yang memerlukan bantuan “

PENGAJARAN : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang tebaik buat hamba-Nya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.

~SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA~

kisah ABANG & ADIK

ALKISAH…ade pasangan adik-beradik (abang & adik)..si abang seorang yang sangat warak.dari kecil hingga dewasa rutin hariannye adalah menghambakan diri pada Yang Maha Esa. Mulutnya yak henti2 berzikir dan masjid bagaikan rumah kedua buatnye. Al-Quran menjadi pendampingnya. Berlainan pula dengan si adik. Dari kecil hingga dewasa hidupnya tak henti2 dengan maksiat. Mulutnya sering menuturkan kata-kata yang kurang enak.disco & pub menjadi rumah kedua buatnya. Perempuan menjadi pendampingnya dan zina permainannya.

Akhirnya pada suatu hari, mereka berdua mule BOSAN dengan aktiviti hariannya.si abang sudah bosan menghadap masjid dan adik sudah bosan melakukan maksiat. Maka setelah berbincang mereka setuju untuk menukar aktiviti harian mereka. Abang akan buat ape yang adik lakukan dan adik akan buat apa yang abang lakukan.

Maka bermulalah pertukaran mereka. Abang mula memakai pakaian adiknya dan memakai wangi-wangian dan bersiap untuk ke disko. Si adik menyarungkan jubah abangnya dan membawa tasbih serta berserban menuju ke masjid.

Malangnya…sedang mereka seronok melakukan aktiviti mereka..terjadi gempa bumi di kawasan itu. Di pub tempat abang sedang berseronok runtuh dilanda gempa bumi. Si abang dalam keadaan sedang memeluk perempuan dan mulut berbau arak mati dihempap. Masjid tempat si adik tak runtuh tapi akibat gegaran salah satu tiang masjid runtuh dan menghempap si adik. Alhamdulillah ketika itu si adik sedang memegang Al-Quran dan tasbih masih di tangan.

Akhirnya kedua adik-beradik meninggal sekelip mata sahaja.nampak kan kuasa Allah??sebab tu org ckp buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Bayangkan kita mati ketika sedang melakukan kejahatan.nauzubillah~moge menjadi pengajaran buat semua.

* malang tidak berbau
* jangan sesekali bosan melakukan amal ibadah
* kuasa ALLAH jang pernah kite nafikan
SUMBER : dipetik dr tazkirah dr seorang ustaz dr Indonesia selepas solat tarawih

=tiDur yAng sEmpUrna=


*nk tido pn ade jugak step2 yg kena wat..jgn men redah je..*
*seelok-eloknye sblm tido maafkan la kslahan org pd kamu..insha-allh kamu tidur dgn tenang*
*pastikan tak tidur dlm keadaan lapar..bahaye utk kamu*
*ambil wudhu'-cube amalkan..insha-allh tidur tak diganggu*
*buat PENDINDING (baca 3 Qul 3x sapu kat muka dan hembus pd ruang tidur)*
*baca DOA TIDUR, ayat Qursi dan selawat*
*last but not least..read dis:
*lena mcm ni laaa...*

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah


*SEMOGA TIDURMU DIIRINGI MIMPI INDAH DAN JAGAMU MAMPU MEMBUAT KAMU TERSENYUM*

=HALALvsHARAM=

Assalamualaikum smua…
Malas nk bebel panjang2..juz nk share smthing to all of Muslim…yang menggelarkan dirinya Islam sama ada hanya pada I.C atau pada nama atau sebetul-betulnya Muslim yang sejati…
10 July 2011-tarikh bersejarah…ade apa pd tarikh tu??biarlah ianye rahsia…tp pd hari tu aku telah attend satu ceramah bertajuk “HALALAN TOYYIBA” (sebenarnye aku lupe tajuk ha ha ha)..oke la jom aku share pe aku dapat join ceramah ni…
Dunia masa kini yg penuh dengan penipuan…dunia POLITIK!aku mls cite lebeyh2 takot kena saman hehe…tp yang pastinye dh terlalu byk benda tak betul yg berlaku…kite semakin LEMAH semakin LALAI semakin LEMBIK dan bahasa “sopannye” semakin JAHANAM…minda semakin lemah utk berfikir yang mana satu KEBAIKAN yg mane satu KEBURUKAN..yang HALAL jd HARAM, YANG HARAM JADI HALAL..
NABI BERSABDA YANG BERMAKSUD:
“AKAN DATANG KEPADA MANUSIA SUATU ZAMAN, SESEORANG ITU TIDAK PEDULI APA YANG DIAMBILNYA DARIPADA YANG HALAL ATAU HARAM. MAKA TIDAK DIMAKBULKAN DOA MEREKA.”
   (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

pe yg aku ckp bukan utk korg je tp utk aku jugak yang semakin LALAI DENGAN NIKMAT DUNIA….semuanye kerana apa??kate org SEGALA PENYAKIT BERPUNCA DARI PERUT! Ape yg korg isi kat perut?? =M.A.K.A.N.A.N=ye sudah tentu…tp BERSIH ke mknn itu??ADE KORG KESAH??btul…ramai yg x kesah…aku gak jujurnye x brape nk kesah benda ni…aku hentam je mane yg sedap…so lps denga cramah ni agak terbukak hati sket utk lebih berhati-berhati
“BERHENTI MEMBACA JIKA ANDA TAK SANGGUP TAHU KEBENARAN”
Taknk ckp byk…meh nk share HARAM & HALAL
APA ITU HALAL?


-Sesuatu yang dibenarkan   dan tidak dilarang oleh Syara’.

•      Ditetapkan halal mengikut hukum syarak.
•      Bukan hasil dari sumber haram
•      Binatang yang disembelih ikut syarak.
•      Makanan tidak bercampur yang haram
APA ITU HARAM?
•      MEMUDARATKAN DIRI- bahayakan kesihatan dan membawa maut.
•      MENGANDUNGI NAJIS seperti babi dan unsur-unsur darinya.
•      SEMBELIHAN TIDAK IKUT SYARAK.

•      MAKANAN DAN MINUMAN YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH
•      PRODUK DIPEROLEHI SECARA HARAM
•      KETETAPAN AGAMA: Bangkai, darah, babi, arak


































*REFER TO THIS CODE

 =UP TO U ALL UTK MENILAI..YANG BOLEH KITA IKUT..KITA CUBA..BUKAN PAKSAAN…DUNIA SEKARANG KADANG KITA TERPAKSA JUGA NAMUN JIKA ANDA ISLAM PIKIRLAH UTK MASA DEPAN AGAMA KITA”