tErbaEk !!
kenangan PONTENG PUASA
Assalamualaikm smua??pe kabo??harapnye u all sehat la eik…ye la…nk pose kan…kalo saket cemane nk pose?tp kalo korg sakit pn jgn la mengeluh lak…tu ALLAH turunkan UJIAN kat korang di bulan mulia ni..insha-allh kalo korang REDHA dengan ujian-NYA dijanjikan pahala yang melimpah ruah…insha-allh…erm pause dh nk habes…raye lak bakal menjelma..tetibe aku teringat la kenangan aku ponteng puasa suatu ketika dahulu…
Cte die camni…aku ada 4 orang adik beradik pompuan…aku la yang paling bongsu sekali..aku tak ingat mse tu umo aku bape tapi dh besa jugak la rase nye…dh baligh dan mampu berfikir dgn waras hihi…mase tu akak aku yang sulung tinggal kat kolumpo…K.L..u know KL??kuala lumpur…aku lupa nama tempat tu…so maybe mse tu cuti la kot…aku n 2 orang akak aku gi la umah kak long aku ni..saje la lepak2 sana…alkisahnya satu hari tu ktorg rancang nk gi jenjalan KL..kak long aku ni keje so ktorang gi bertiga je la…
So ktorang pun pagi tu meneruskan agenda shopping…aku tak berape ingat ktorg gi mane tp ak rase tempat feveret la kot…jalan tar…mse tu dah nak raya…so macam bese la cari barang2 nak raye…pusing la ktorang kat situ sampai la petang..
Bila dah petang dalam kol 4 macam tu ktorang pun selamat sampai umah akak aku ni…semua memang dah letih…so ade la yang suggest nk bukak puasa…eh boleh ke??then akak aku jawab…xpe la..kte kan MUSAFIR…ha??musafir ke??aku tertanya2 gak mse tu…btul la musafir…tp kalo x silap aku musafir yang bertujuan baik je dibenarkan berbuka puasa…yg ktorg ni musafir gi shopping…boleh ke??tp aku tau akk aku pn x brape nk yakin jawapan tu…memang ktorang plan awal2 lg nk bukak puasa pn huhu~
So ktorang pun minum la air…siap buat air oren lagi…tp takde la sampai masak bagai…juz minum ais je..memang sedap tak terhingga la mse tu…yang lucu nye ktorang tak bagitau pun kak long ktorang yang ktorang monteng pause…takut punye pasal…masing2 pretend macam berpose je smpai la waktu berbuka…bile diingat2 balik…lucu jugak…slumber je monteng huhu…tp tu dlu la…skrg alhamdulillah takde wat keje merepek lagi dh…sume dah besa n ade yang dah kawen pn…semuanye hanya tinggal kenangan…
Ha…korang penah monteng puase??kalo sudi share la… ^_^
LAILATUL-QADR
TAFSIR SURAH AL-QADR
- Sesungguhnya Kami telah turunkannya (AL-QURAN) pada malam Al-Qadr
- Dan tahukah kamu apakah “malam kemuliaan” itu?
- Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
- Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)
- Selamat sejahteralah ia (malam Al-Qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang diwajibkan kalian berpuasa padanya. Bulan yang mana segala pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta semua syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang gagal memperoleh kebaikan pada malam itu maka sungguh dia tak akan mendapatkannya” (Riwayat Ahmad & al-Nasa’i)
PETUNJUK LAILATUL QADR
- Daripada ‘ubay r.a berkata : “Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Pagi hari malam lailatul-qadr, matahari terbit tidak menyilaukan seperti gerhana hingga meninggi” (Riwayat Muslim)
- Daripada ibn Abbas R.A ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Lailatulqadar ialah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak dingin dan keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan”
KEISTIMEWAAN
Malam lailatulqadar hanya ada di bulan Ramadhan. Ia adalah Anugerah ALLAH kepada umat Nabi Muhammad-meletakkan umat Nabi Muhammad pada satu kedudukan yang tinggi mengatasi umat lain yang pernah hidup sebelum kita. Rasulullah amat sayang umatnya..dalam satu ceramah yang saya dengar..rasulullah telah meminta mala mini utk umatnya kerana baginya umur umatnya amat pendek jika dibandingkan dengan umat yang lain. Maka amat mustahil utk umatnya mengatasi amalan2 yang dilakukan umat2 terdahulu..ALLAH telah memperkenankan doa Nabi kita dan menurunkan malam LailatulQadar..ayuhlah! kita cuba mendapatkan malam ini dengan amalan2 mulia di bulan mulia ini..bagaimana?? tanya hati...bersediakah kita??…
Sumber : SOLUSI
DIA tahu yg kamu x tahu!
KAPAL KARAM
Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.Di samping itu, dia tak putus-putus meninjau laut yang bagai tak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.
Akhirnya, lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa.
“Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?”
“Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini?”
“Kenapa mesti aku??bukan orang lain?”
“Aku tahu ALLAH tak kejam tetapi mengapa nasib aku macam ni?”
Dia kecewa, benar-benar kecewa. Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu lalu dia bertanya:
“Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau tadi?”
“ Kami ternampak asap dari pulau ini jadi kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada yang memerlukan bantuan “
PENGAJARAN : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang tebaik buat hamba-Nya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.
~SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA~
kisah ABANG & ADIK
ALKISAH…ade pasangan adik-beradik (abang & adik)..si abang seorang yang sangat warak.dari kecil hingga dewasa rutin hariannye adalah menghambakan diri pada Yang Maha Esa. Mulutnya yak henti2 berzikir dan masjid bagaikan rumah kedua buatnye. Al-Quran menjadi pendampingnya. Berlainan pula dengan si adik. Dari kecil hingga dewasa hidupnya tak henti2 dengan maksiat. Mulutnya sering menuturkan kata-kata yang kurang enak.disco & pub menjadi rumah kedua buatnya. Perempuan menjadi pendampingnya dan zina permainannya.
Akhirnya pada suatu hari, mereka berdua mule BOSAN dengan aktiviti hariannya.si abang sudah bosan menghadap masjid dan adik sudah bosan melakukan maksiat. Maka setelah berbincang mereka setuju untuk menukar aktiviti harian mereka. Abang akan buat ape yang adik lakukan dan adik akan buat apa yang abang lakukan.
Maka bermulalah pertukaran mereka. Abang mula memakai pakaian adiknya dan memakai wangi-wangian dan bersiap untuk ke disko. Si adik menyarungkan jubah abangnya dan membawa tasbih serta berserban menuju ke masjid.
Malangnya…sedang mereka seronok melakukan aktiviti mereka..terjadi gempa bumi di kawasan itu. Di pub tempat abang sedang berseronok runtuh dilanda gempa bumi. Si abang dalam keadaan sedang memeluk perempuan dan mulut berbau arak mati dihempap. Masjid tempat si adik tak runtuh tapi akibat gegaran salah satu tiang masjid runtuh dan menghempap si adik. Alhamdulillah ketika itu si adik sedang memegang Al-Quran dan tasbih masih di tangan.
Akhirnya kedua adik-beradik meninggal sekelip mata sahaja.nampak kan kuasa Allah??sebab tu org ckp buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Bayangkan kita mati ketika sedang melakukan kejahatan.nauzubillah~moge menjadi pengajaran buat semua.
* jangan sesekali bosan melakukan amal ibadah
* kuasa ALLAH jang pernah kite nafikan
SUMBER : dipetik dr tazkirah dr seorang ustaz dr Indonesia selepas solat tarawih
Subscribe to:
Posts (Atom)


















