tErbaEk !!

DIA tahu yg kamu x tahu!

KAPAL KARAM


Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.Di samping itu, dia tak putus-putus meninjau laut yang bagai tak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.

Akhirnya, lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa.

Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?

Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini?

Kenapa mesti aku??bukan orang lain?

Aku tahu ALLAH tak kejam tetapi mengapa nasib aku macam ni?

Dia kecewa, benar-benar kecewa. Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu lalu dia bertanya:

Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau tadi?

Kami ternampak asap dari pulau ini jadi kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada yang memerlukan bantuan

PENGAJARAN : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang tebaik buat hamba-Nya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.

~SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA~

4 comments:

Unknown said...

yup! betull.... kita jgn sesekali mpersoalkan dan menyesali apa yg terjadi ke atas diri kitaa. huhu

-Mr & Mrs Mikko-

ciK nAzyFaH said...

yup..tp kte manusia..kdg2 byk persoalkn stp yg berlaku...kisah ni sbg pngjran buat diri sy & awk smua (=

TeAqArH said...

agree....nice entry

ciK nAzyFaH said...

thanks ^_^