TAFSIR SURAH AL-QADR
- Sesungguhnya Kami telah turunkannya (AL-QURAN) pada malam Al-Qadr
- Dan tahukah kamu apakah “malam kemuliaan” itu?
- Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
- Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)
- Selamat sejahteralah ia (malam Al-Qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang diwajibkan kalian berpuasa padanya. Bulan yang mana segala pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta semua syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang gagal memperoleh kebaikan pada malam itu maka sungguh dia tak akan mendapatkannya” (Riwayat Ahmad & al-Nasa’i)
PETUNJUK LAILATUL QADR
- Daripada ‘ubay r.a berkata : “Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Pagi hari malam lailatul-qadr, matahari terbit tidak menyilaukan seperti gerhana hingga meninggi” (Riwayat Muslim)
- Daripada ibn Abbas R.A ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Lailatulqadar ialah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak dingin dan keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan”
KEISTIMEWAAN
Malam lailatulqadar hanya ada di bulan Ramadhan. Ia adalah Anugerah ALLAH kepada umat Nabi Muhammad-meletakkan umat Nabi Muhammad pada satu kedudukan yang tinggi mengatasi umat lain yang pernah hidup sebelum kita. Rasulullah amat sayang umatnya..dalam satu ceramah yang saya dengar..rasulullah telah meminta mala mini utk umatnya kerana baginya umur umatnya amat pendek jika dibandingkan dengan umat yang lain. Maka amat mustahil utk umatnya mengatasi amalan2 yang dilakukan umat2 terdahulu..ALLAH telah memperkenankan doa Nabi kita dan menurunkan malam LailatulQadar..ayuhlah! kita cuba mendapatkan malam ini dengan amalan2 mulia di bulan mulia ini..bagaimana?? tanya hati...bersediakah kita??…
Sumber : SOLUSI
2 comments:
semoga amalan kita diterima oleh-Nya...amin..
amiin
Post a Comment