ALKISAH…ade pasangan adik-beradik (abang & adik)..si abang seorang yang sangat warak.dari kecil hingga dewasa rutin hariannye adalah menghambakan diri pada Yang Maha Esa. Mulutnya yak henti2 berzikir dan masjid bagaikan rumah kedua buatnye. Al-Quran menjadi pendampingnya. Berlainan pula dengan si adik. Dari kecil hingga dewasa hidupnya tak henti2 dengan maksiat. Mulutnya sering menuturkan kata-kata yang kurang enak.disco & pub menjadi rumah kedua buatnya. Perempuan menjadi pendampingnya dan zina permainannya.
Akhirnya pada suatu hari, mereka berdua mule BOSAN dengan aktiviti hariannya.si abang sudah bosan menghadap masjid dan adik sudah bosan melakukan maksiat. Maka setelah berbincang mereka setuju untuk menukar aktiviti harian mereka. Abang akan buat ape yang adik lakukan dan adik akan buat apa yang abang lakukan.
Maka bermulalah pertukaran mereka. Abang mula memakai pakaian adiknya dan memakai wangi-wangian dan bersiap untuk ke disko. Si adik menyarungkan jubah abangnya dan membawa tasbih serta berserban menuju ke masjid.
Malangnya…sedang mereka seronok melakukan aktiviti mereka..terjadi gempa bumi di kawasan itu. Di pub tempat abang sedang berseronok runtuh dilanda gempa bumi. Si abang dalam keadaan sedang memeluk perempuan dan mulut berbau arak mati dihempap. Masjid tempat si adik tak runtuh tapi akibat gegaran salah satu tiang masjid runtuh dan menghempap si adik. Alhamdulillah ketika itu si adik sedang memegang Al-Quran dan tasbih masih di tangan.
Akhirnya kedua adik-beradik meninggal sekelip mata sahaja.nampak kan kuasa Allah??sebab tu org ckp buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Bayangkan kita mati ketika sedang melakukan kejahatan.nauzubillah~moge menjadi pengajaran buat semua.
* jangan sesekali bosan melakukan amal ibadah
* kuasa ALLAH jang pernah kite nafikan
SUMBER : dipetik dr tazkirah dr seorang ustaz dr Indonesia selepas solat tarawih
4 comments:
kadang2 kita sendiri x taw apa akan terjadi nnt kan.
-Mr & Mrs Mikko-
yep kte xdpt menjangka...ajal maut di tangan-NYA..
tak pasal2 je...selamat berpuasa dan salam perkenalan dari marina
www.marinafazli.blogspot.com
marina : tu la kuasa ALLah...slm perkenalan gak (^_^)
Post a Comment